ucapan "nasib baik"

Soalan: 

Assalamualaikum Syaikhana. Di sini ada satu pertanyaan dari sebahagian ikhwah iaitu tentang ucapan "nasib baik" dalam lisan seharian kita, apakah hukumnya Syaikhana? Contoh macam seseorang yang hampir lemas kemudian dia berpaut ke sebatang kayu yang lewat lalu dia berpikir "nasib baik ada kayu ini. Kalau tidak lemas aku". Apakah hukum kelulusan ini?


Jawapan: Ana tidak tahu di daerah sini apakah yang diinginkan oleh saudara-saudara kita kaum muslimin dengan ucapan: "Nasib baik ada kayu" atau "nasib baik ada ini, nasib baik ada itu." Tetapi bisa bagi kita memperincikannya, karena kata kunci "Nasib" itu sendiri asalnya adalah dari Bahasa Arab نصيب iaitu bahagian, bahagian keuntungan dan seumpamanya.


1) Jika dia meyakini bahawa ini adalah nasibnya yang datang dari Allah, iaitu bahawa Allah yang mentakdirkan dirinya mendapatkan bahagian keuntungan. Iaitu pada asalnya dia hampir mati lemas kemudian alhamdulillah ternyata Allah mendatangkan kayu untuknya berpaut dan inilah nasibnya iaitu bahagiannya dari takdir Allah dengan dia mendapatkan keberuntungan dan keselamatan. Maka yang seperti ini tidak mengapa iaitu jika yang dia maksudkan adalah nasib yang datang dari Allah, pemberian dan pembahagian dari Allah, maka ini tidak mengapa kerana ia dari Allah bukan selainnya, bukan dengan ketidaksengajaan atau kebetulan tetapi memang ia nasib yang Allah berikan kepadanya. Ini bagus.


2) Adapun jika dia menyandarkan keselamatannya itu kepada kayu, iaitu bahawa ini adalah nasibnya yang diberikan oleh kayu itu -sebagai contohnya-, maka ini sudah tentu kekeliruan yang besar. Ia boleh masuk ke dalam syirik pada Rububiyyah, bukan Uluhiyyah kerana dia hakikatnya tidak meminta kepada kayu dan tidak pula dia menghinakan diri pada kayu itu akan tetapi dia menyandarkan perkara Rububiyyah -antaranya ialah keselamatan daripada marabahaya dan malapetaka- kepada kayu itu, maka ini termasuk dalam permasalahan Rububiyyah. Jadi jika dia menyandarkan itu kepada kayu maka hal ini boleh sampai kepada Syirik Akbar dalam permasalahan Rububiyyah.


3) Jika yang dia niatkan dengan perkataan "nasib baik ada kayu ini" sama seperti apa yang biasa diucapkan oleh orang-orang arab jahiliah diaitu:


لولا الكلب لأتانا اللصوص


Kalau bukan karena anjing ini, necaya pencuri telah datang kepada kami."


maka yang seperti ini adalah Syirik Asghar, jika dia menyandarkan keberuntungan yang dia dapatkan dengan sebab haiwan tersebut. Seharusnya ia disandarkan kepada Allah ta'ala karena Allah yang memperjalankan sebab-sebab itu, Allah yang mendatangkannya dan sebagainya. Maka yang seperti ini adalah syirik kecil sebagaimana dijelaskan oleh para Salaf.


4) Adapun jika dia sama sekali tidak memiliki pemikiran ini dan itu, hanyalah dia sekadar mengucapkan sepertimana yang dia dengar dari nenek moyangnya, maka tentunya ini merupakan kata-kata yang sia-sia, tidak memiliki nilai ibadah kepada Allah dan tidak ada juga padanya kesyirikan kepada Allah kerana dia tidak memiliki apa-apa niat sama sekali dan tidak pula menyandarkan rezeki yang dia dapatkan itu kepada selain Allah -secara zahirnya-. 


Oleh sebab itu ucapan "nasib baik" ini perlu kepada perincian kerana maknanya tidak berapa jelas.

______


Dijawab oleh Syaikhuna Abu Fairuz 'Abdul Rahman al-Jawi hafizahullah

Transkrip dan olahan tanpa mengubah maksud oleh Wan Shahir bin Wan Perwira

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

Berhutang Atau Berniaga Lebih Baik Daripada Meminta-minta

Berhutang Atau Berniaga Lebih Baik Daripada Meminta-minta Ditulis oleh: Abu Fairuz Abdurrohman Al Qudsy Al Jawy Al Indonesy -semoga Alloh me...